Thursday, 14 May 2009

Bersemuka Dengan Tuhan

Lukas 21:36
Berjaga-jagalah senantiasa sambil berdoa, supaya kamu beroleh kekuatan untuk luput dari semua yang akan terjadi itu, dan supaya kamu tahan berdiri di hadapan Anak Manusia.


Kita semua tahu bahawa pada masa akan datang Tuhan akan datang dan menghakimi dunia ini tetapi pernahkah kita terfikir “Jika Tuhan datang pada “HARI INI” adakah kita sudah bersedia?
Tidak ada sesiapa yang terlepas dari penghakiman ini. Sama ada mati atau hidup kita tetap bersemuka dengan penghakiman Tuhan. Dan sekiranya kita selama hidup kita ini terbawa-bawa dengan kenikmatan dan senangan hidup ini, lupa akan kewajiban kita sebagai umat kristian, lupakan akan penyempurnaan rohani kita maka hari itu akan datang menerpa kita . Ia akan datang tanpa diduga, dan sangat menakutkan kerana kita terpaksa berdiri di hadapan Tuan kita dan menghadapi segala perbuatan yang dilakukan sepanjang hidup kita.Bagaimana kiranya kita tidak dikenankan Tuhan? Itulah sebabnya Yesus memberitahu kita agar berjaga-jaga dan berdoa sentiasa. Dengan ini barulah jiwa rohani kita akan lebih teguh. Oleh itu kita harus berhati hati dalam perjalanan hidup. Pastikan kita melakukan apa yang diminta Tuhan dalam Alkitab dan takut akanNya dalam jiwa kita agar kita tidak akaan sesat atau melencong dari JalanNya.



Ayub merupakan tokoh yang patut kita contohi. Bagaimanakah dia dapat menghindari diri dari kejahatan dan taku akan Allah? Ini kata Ayub:

Ayub 31:14
Apakah dayaku, kalau Allah bangkit berdiri; kalau Ia mengadakan pengusutan, apakah jawapan ku kepadaNya?

Segala apa yang dibuat, diucap dan difikir Ayub, dia sentiasa bertanya pada dirinya…jika saya buat ini, atau berkata atau berfikir begini, adakah aku dapat berdiri di depan Tuhan dan menjawabNya. Dalam erti kata lain Ayub kerap menimbangkan bagaimana Tuhan akan menghakiminya jika dia melakukan begini, atau berkata begini atau berfikiran begini.Oleh itu berjaga-jaga dan senantiasa berdoa agar engkau dianggap layak berdiri di depan Tuhan.


No comments:

Post a Comment

HYMNS 2